Pasaran serta kebolehpakaian Linux

Linux yang pada awalnya hanya merupakan sistem pengendalian yang digunakan oleh peminat komputer, telah menjadi sistem yang lebih ramah pengguna, dengan antara muka grafik yang pelbagai serta aplikasi yang lebih memiripi sistem pengendalian konsumer lain, daripada baris perintah UNIX. Namun kesan ini telah menimbulkan kritikan ramai, begitu juga daripada penyokong Linux. Mereka berpendapat yang Linux dan projek perisian bebas masih belum mencapai faktor ke'bolehpakai'an yang memuaskan. Persoalan tentang ke'bolehpakai'an Linux berbanding Windows atau Macintosh masih menjadi isu perdebatan yang hangat. Pasaran Linux dalam komputer "desktop" masih agak kecil tapi semakin berkembang. Menurut Syarikat Penyelidikan Pasaran IDC, bahagian pasaran bagi Linux pada tahun 2002 adalah 25% bagi pasaran pelayan, dan 2.8% bagi pasaran komputer peribadi.

Bagi mereka yang hanya biasa menggunakan Windows atau Macintosh, Linux mungkin kelihatan lebih sukar disebabkan perbezaan dalam melakukan pelbagai kerja komputer. Malahan itu, lebih mudah untuk mencari sokongan teknikal bagi Windows atau Mac OS berbanding Linux. Tambahan lagi, secara lazimnya pengguna perlu menukar perisian yang sering digunakan, disebabkan perisian tersebut tidak didapati dalam Linux (atau pilihan yang agak terhad, terutamanya permainan komputer). Faktor lain adalah sifat ragu-ragu pengguna yang berasa susah hendak melepaskan sistem pengendalian mereka (ramai pengguna masih menggunakan versi Windows yang lama). Selain itu, kebanyakan komputer didatangkan dengan Windows sedia dipasang (preinstalled). Faktor-faktor ini menyebabkan perkembangan Linux yang agak perlahan.

Walau bagaimanapun, kelebihan Linux seperti kos rendah, kelemahan sekuriti yang kurang, dan tidak bergantung pada vendor (lack of vendor lock-in), telah menggalakkan penggunaan yang meluas di kalangan koperasi dan kerajaan. Dalam situasi ini, halangan yang disebut di atas dapat dikurangkan kerana hanya aplikasi/aturcara yang terhad digunakan, serta kerja pentadbiran komputer (administration) dikendalikan oleh sekumpulan pekerja pakar IT yang sedikit.

Terdapat pelbagai kajian yang dilakukan terhadap kos serta ke'bolehpakai'an Linux. Relevantive, (sebuah syarikat berpusat di Berlin, yang mengkhusus dalam rundingan syarikat tentang ke'bolehpakai'an perisian, serta servis web), telah membuat kesimpulan bahawa ke'bolehpakai'an Linux bagi kerja-kerja berkaitan komputer "desktop" adalah hampir sama dengan Windows XP. Bagaimanapun, kajian oleh IDC (yang dibiayai oleh Microsoft) membahaskan bahawa Linux mempunyai kos pemilikan (Total Cost of Ownership) yang lebih tinggi berbanding Windows.

Linux juga sering dikritik disebabkan jadual pembangunannya yang tidak dapat diduga. Secara langsung, menyebabkan pengguna Enterprise kurang selesa dengan Linux berbanding dengan sistem pengendalian lain (Sumber:Marcinkowski, 2003). Pilihan yang banyak dalam edaran Linux juga dikatakan mengelirukan konsumer, dan vendor perisian.

Pemasangan

Proses pemasangan yang sukar sering-kali menjadi penghalang bagi pengguna baru, namun proses ini adalah lebih mudah hari ini. Dengan penerimaan Linux oleh beberapa pengeluar komputer peribadi terbesar, komputer yang disedia-pasang dengan edaran Linux boleh didapati. Terdapat juga edaran Linux yang membenarkan Linux dibut secara terus daripada Live CD tanpa perlu memasangnya ke dalam cakera keras. Contoh-contoh edaran Linux berbentuk Live CD adalah Knoppix/Gnoppix dan Gentoo. Imej ISO bagi CD untuk edaran Linux tersebut biasanya boleh dimuat turun daripada Internet, ditulis ke CD, dan seterusnya membutkan CD tersebut. Linux juga boleh dibutkan menerusi rangkaian, menerusi cakera liut, atau menerusi kad rangkaian.

Paparan

Tatarajah atau pentadbiran bagi kebanyakan tetapan Linux seringkali perlu dilakukan menerusi penyuntingan fail teks dalam direktori /etc. Terdapat juga atur cara seperti Linuxconf dan GNOME System Tools yang bertujuan memudahkan kerja ini dengan menyediakan antara muka grafik. Namun baris perintah merupakan cara paling lazim digunakan.

Sokongan

Sokongan bagi Linux biasanya didapatkan menerusi peer (dalam konteks ini bermaksud rakan dalam talian) - pengguna Linux lain di dalam forum internet, kumpulan berita dan senarai mel. Kumpulan Pengguna Linux (LUG, Linux User Group) telah ditubuhkan di sepelosok dunia bagi membantu pengguna tempatan (local user), pengguna baru, dan pengguna berpengalaman. Bantuan termasuk pemasangan, penggunaan, penyelenggaraan serta menggalakkan perkembangan sistem Linux.

Pembekal komersil bagi edaran Linux secara umumnya mengamalkan model perniagaan dengan menyediakan sokongan. Sokongan parti ketiga juga sedia ada.